comscore
Tumpuan :
Politik

Agenda reformasi bukan hanya diukur dengan perubahan institusi

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Konvensyen 25 tahun Parti Keadilan Rakyat di IDCC Shah Alam. – FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SHAH ALAM: Reformasi tidak semestinya berlaku dengan perubahan institusi semata-mata namun ia boleh dimulakan dengan perkara yang dilihat kecil tetapi memberi makna yang besar kepada rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan mungkin terpaksa melakukan beberapa tindakan kurang popular untuk jangka masa pendek tetapi ia perlu dilakukan bagi membuat perubahan yang lebih sistematik.

“Sebab itu sekarang kita mula bercakap tentang subsisi bersasar,kita hendak buat perkara secara betul,kita kumpulkan data yang boleh dipercayai maka lahirlah sistem Pangkalan Data Utama (PADU), itu contoh, mesti bermula dengan asas kerja yang kemas dan sistematik.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan aluan pada Konvensyen 25 tahun Keadilan di Shah Alam pagi tadi.

“Kejayaan reformasi di mata kita atau dimata rakyat akan diukur selama mana kita terjemahnkannya kepada dasar dan program kepada rakyat untuk menikmatinya.”

Tambahnya agenda reformasi yang dibawa perlu dilakukan dengan keazaman politik yang tinggi untuk melakukan perubahan menyeluruh.

Beliau turut menasihati anggota PKR supaya mengingati agenda reformasi seperti yang diperjuangkan sebelum ini meskipun parti berkenaan telah menjadi sebahagian dari komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini