comscore
Tumpuan :
Politik

Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – FOTO : NSTP

SEREMBAN: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.

Datuk Seri Ahmad Faizal berkata pengambilalihan jawatan itu antara lain bagi membantu persiapan akhir jentera pilihan raya PN negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Datuk Eddin Syazlee tetap di dalam struktur kepimpinan. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik. Usaha sekarang ialah untuk melibatkan kepimpinan pusat bagi menambah dan melicinkan perjalanan jentera parti,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sebab Datuk Eddin Syazlee digugurkan daripada jawatan itu.

Loading...
Terkini