comscore
Tumpuan :
Politik

Ahmad Zahid nafi berunding dengan GPS sokong PN

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga ingin memaklumkan, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kesemua ahli Parlimen BN yang memenangi PRU-15 telah menandatangani akujanii dan memberi mandat kepada beliau selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana Ali Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ali Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Loading...
Terkini