comscore
Tumpuan :
Politik

AMANAH pecat Phalrolrazi berkuat kuasa serta merta

Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi.

Oleh: Buletin Tv3

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Amanah Negera (AMANAH) memecat keahlian Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi hari ini.

Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata pemecatan itu dibuat kerana Phalrolrazi didapati telah melanggar perlembagaan parti.

“Berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b), Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara yang bermesyuarat pada hari ini telah membuat keputusan memecat keahlian Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi kerana didapati telah melanggar Perlembagaan parti, mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Datuk Dr Ismail Salleh yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah akan menjalankan tugas pengerusi berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu, Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu dijangka akan mengadakan sidang media pada petang ini, di Pejabat Amanah Jerai di Guar Chempedak.

Sidang media itu berkaitan pemberian kerusi Parlimen Jerai kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah Zulhazmi Shariff sebagai calon di kerusi itu, satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi DAP di negeri ini.

Phahrolrazi tidak hadir di majlis berkenaan, yang diadakan di Sungai Petani yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Loading...
Terkini