comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Amaran Rafizi terhadap Azam Baki adalah jenayah

Oleh: Salina Zakaria

Petaling Jaya: Ugutan dan tindakan yang sengaja disensasikan ketika berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hanya buang masa apatah lagi jika seseorang penjawat awam itu hanya melaksanakan tugas mereka.

Demikian respon Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang terhadap kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“Saya berpendapat tidak ada sesiapa mahupun individu boleh mempersoalkan kerja-kerja siasatan yang dilakukan agensi SPRM selepas menerima aduan awam,” jawabnya ketika dihubungi Buletin TV3.

“SPRM hanya menjalankan tanggungjawab dan bertindak, jika difikir-fikirkan perkara itu (amaran Rafizi) telah melanggar undang-undang. Saya selaku Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM berpandangan tidak wajar Rafizi mempersoalkan kedudukan Tan Sri Azam selaku, Ketua Pengarah agensi itu, “.

“Ia juga seolah-olah satu lagi kenyataan ugutan dan tidak sepatutnya berlaku dengan mensensasikannya menjelang PRU-15,” ujarnya lagi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kiri), Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan)

Menurut Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Rafizi sudah berani mengugut penjawat awam walaupun belum lagi ditabalkan selaku wakil rakyat.

“Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang itu tadi adalah memberi bantuan kepada pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan mereka sepatutnya memberi kerjasama dan tidak perlulah hendak buat kenyataan seperti ugut ke amaran itu tidak elok”, katanya.

“Bagi saya mengugut seorang pegawai awam juga adalah satu kesalahan jenayah. Jadi tidak eloklah kita ugut mana-mana penjawat awam menjalankan tugas mereka itu, Bukankah Rafizi sendiri adalah calon pilihan raya, belum dapat kuasa sudah ‘abuse of power’ (menyalahgunakan kuasa) “.

Rafizi dalam satu kenyataan, memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Tan Sri Azam Baki bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mencarinya berhubung skandal pegangan saham jika gabungan itu nanti menang pada PRU-15.

Kenyataan Rafizi menerusi ceramah mega PH di Johor Bahru malam tadi, susulan tindakan agensi itu menyerbu syarikatnya, Invoke Solutions.

Loading...
Terkini