comscore
Tumpuan :
Politik

Anak Tan Sri Annuar Musa keluar UMNO tidak sertai PAS

KOTA BHARU: Bekas Ketua Pemuda UMNO Ketereh, Afiq Amani Annuar menjelaskan tindakannya keluar parti dibuat atas kerelaannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak lain termasuk bapanya.

Beliau yang juga anak kepada Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, berkata buat masa ini mahu berehat daripada politik, dan akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama beliau menyangkal dakwaan akan menyertai PAS.

Jelasnya tindakannya itu diambil kerana mendakwa perjuangan UMNO sudah tidak selari dengan perjuangan asal.

UMNO dilihat mengenepikan rakan-rakan dalam parti sebaliknya menjulang rakan baru seperti DAP.

Mengulas lanjut, beliau berkata, atas beberapa faktor berkenaan menyebabkan beliau tidak mempunyai semangat untuk terus berada dalam UMNO.

“Saya sudah dewasa dan tidak dipaksa oleh sesiapa atas tindakan yang dibuat hari ini termasuk bapa. Jika benar saya mahu mengikut perjuangan bapa, saya sudah keluar parti dari awal,” katanya.

Loading...
Terkini