comscore
Tumpuan :
Politik

Annuar Musa dedah dirinya Presiden Muafakat Nasional

 

Tan Sri Annuar Musa menerusi tulisannya di Facebook hari ini mendedahkan beliau adalah Presiden pertubuhan dikenali Muafakat Nasional (MN).

Oleh Buletin Tv3

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mendedahkan bahawa dirinya mempunyai landasan baharu untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Menerusi catatannya di Facebook, Tan Sri Annuar berkata beliau telah mendaftarkan sebuah pertubuhan dikenali ‘Muafakat Nasional’ (MN)  dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dalam senarai pendaftaran pertubuhan baharu itu, Annuar Musa turut disenarai sebagai Presiden Muafakat Nasional.

“Insyaallah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah. Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa.

“Kita kuat jika bersatu padu. Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu. Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang,” tulisnya di Facebook.

Beliau juga turut berkongsi keratan pendaftaran pertubuhan itu di Facebook beliau hari ini.

 

Loading...
Terkini