comscore
Tumpuan :
Politik

“Annuar Musa lebih layak, tapi Zahid tak terima” – Marzuani

KOTA BHARU: Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin menjelaskan bahawa beliau telah menolak tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh.

Beliau sebaliknya menyifatkan Tan Sri Annuar Musa lebih layak untuk kekal sebagai calon bagi Parlimen tersebut.

Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya menolak tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh kerana berasakan Tan Sri Annuar Musa lebih layak,” katanya.

“Presiden parti panggil saya dan menawarkan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Pada awalnya saya terus menolak dengan alasan Tan Sri Annuar Musa lebih layak dan masih mampu bertanding.

“Namun presiden tidak menerima penolakan saya dengan alasan parti sudah membuat keputusan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tan Sri Annuar dalam sidang media pagi tadi menegaskan bahawa beliau tidak akan meminta, merayu mahupun melobi jika tidak dicalonkan kembali bagi kerusi berkenaan pada PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Annuar berkata, beliau berpegang kepada prinsip seseorang calon tidak boleh meminta-minta.

Sebelum ini khabar angin mendakwa Menteri Wilayah yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Adham Baba dan Annuar sebagai antara nama yang tidak dicalonkan semula oleh UMNO dalam PRU-15.

Loading...
Terkini