comscore
Tumpuan :
Politik

[LAPORAN LANGSUNG] POLITIK MALAYSIA: Apa Yang Berlaku Hari Ini? | 23 November 2022

 

Perkembangan politik Malaysia kini tertumpu ke arah desas-desus rundingan bagi pembentukan kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dijangka bertemu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

GARIS MASA dan kronologi bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri ke-10 seperti berikut:

=========================================

=========================================

=========================================

11.20 malam: Puluhan petugas media masih setia menunggu di lobi utama Menara Dato Onn di sini.

=========================================

7.30 malam: Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di Menara Dato Onn.

Ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung MCA, beliau berkata ia keterlaluan apabila meminta Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid meletakkan jawatan.

=========================================

=========================================

5.00 petang: Pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Hotel St Regis di sini, dipercayai berhubung isu pembentukan kerajaan berlangsung selama kira-kira dua jam.

=========================================

4.55 petang: Kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan pejabatnya di Bukit Gasing di sini.

 

=========================================

 

=========================================

4.30 petang: Kira-kira 50 petugas media berkumpul di pintu masuk St. Regis, KL.

Difahamkan sedang berlangsung pertemuan pemimpin PN dan BN di hotel itu.

=========================================

3.25 petang: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

=========================================

3.09 petang: Kenderaan dinaiki Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin keluar dari perkarangan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

=========================================

3.04 petang: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tiba di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

=========================================

3 petang: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

=========================================

=========================================

2.58 petang: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tiba di St. Regis, KL dipercayai bagi menghadiri pertemuan dengan beberapa pemimpin BN dan PN.

 

=========================================

2.57 petang: Buat julung kali pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hari ini bertemu dipercayai bagi merungkai kemelut politik negara yang berlarutan sejak beberapa hari lalu.

=========================================

2.05 petang: Kenderaan membawa Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memasuki perkarangan kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

 

=========================================

1.55 tengah hari: Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan satu kenyataan media tular mengenai peletakan jawatannya.

Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebooknya yang menyertakan sekali kenyataan palsu itu, hari ini, memohon supaya jangan dikeruhkan lagi keadaan.

=========================================

1.53 tengah hari: KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

=========================================

1.00 tengah hari: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu esok berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang.

=========================================

12.00 tengah hari: Beberapa wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) didapati meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

=========================================

12.00 tengah hari: Selepas hampir 2 jam, kenderaan dipercayai membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kembali ke kediamannya di Bukit Damansara.

 

=========================================

11.56 pagi: Empat wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing, keluar dari Istana Negara.

=========================================

11.23 pagi: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

=========================================

11.07 pagi: Empat kenderaan berwarna hitam membawa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing, tiba ke Istana Negara.

=========================================

11.07 pagi: Kenderaan wakil GPS Datuk Seri Fadillah Yusof kelihatan memasuki Istana Negara.

=========================================

10.54 pagi: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tiba ke Istana Negara menaiki Vellfire berwarna hitam

=========================================

10.52 pagi: Turut kelihatan kenderaan membawa Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim memasuki Istana Negara.

=========================================

10.43 pagi: Kenderaan membawa Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilihat memasuki Istana Negara.

=========================================

10.40 pagi:Gabungan Parti Sarawak (GPS) dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini.

=========================================

10.11 pagi: Kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki Istana Negara.

=========================================

KUALA LUMPUR: Kawalan masuk ke laluan berhampiran Pintu 2, Istana Negara, diperketatkan bermula pagi tadi. Sepasukan pegawai polis melakukan pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang ingin menuju ke pintu utama dan kenderaan yang tidak mempunyai tujuan rasmi diarahkan untuk berpatah balik ke arah Jalan Bukit Semantan.

=========================================

8.00 pagi: Kawalan masuk ke laluan berhampiran Pintu Dua Istana Negara diperketatkan, pagi ini. Polis melakukan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan menuju ke pintu utama Istana Negara, dengan kenderaan yang didapati tiada tujuan rasmi diminta berpatah balik ke arah Jalan Bukit Semantan.

Loading...
Terkini