comscore
Tumpuan :
Politik

‘Ayahanda’ hajat botak kepala jika menang Port Dickson

Abdul Rani Kulup ditemui selepas melakukan sesi perjumpaan dengan veteran askar di Port Dickson.

Oleh: Izzatie Rizan

PORT DICKSON: Calon Bebas di Parlimen Port Dickson, Abdul Rani Kulup Abdullah berhajat membotakkan kepalanya sebagai tanda syukur sekiranya menang di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) Sabtu ini.

Beliau yang juga aktivis sosial berkata, dirinya sanggup memotong rambut panjang yang disimpan sekian lama demi membawa imej baharu.

“Saya akan melakukannya selepas pengumuman saya menang di kerusi ini,”

“Tiada masalah sebab rambut akan panjang semula… dan saya pun perlu tampil dengan imej baharu untuk menjalankan tanggungjawab di parlimen,”katanya ketika ditemui selepas melakukan sesi perjumpaan dengan veteran askar disini sebentar tadi.

Abdul Rani yang terkenal dengan jolokan ‘Ayahanda’ juga memaklumkan beliau telah mengadakan lawatan hampir keseluruhan kawasan setelah lebih seminggu berkempen di Port Dickson.

“Sekarang ini, saya lebih fokus kepada platform media sosial seperti Facebook dan TikTok bagi menarik sokongan pengundi muda dan anggota tentera,”tambahnya.

Selain Abdul Rani, Parlimen Port Dickson juga akan ditandingi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun; calon Barisan Nasional (BN) Datuk P.Kamalanathan; calon Pejuang, Ahmad Idham Nadzri dan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha.

Loading...
Terkini