comscore
Tumpuan :
Politik

Bakar bendera PH, lelaki ditahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana merosakkan dan membakar bendera parti Pakatan Harapan (PH) serta sepanduk parti itu di kawasan Taman Damai, Batu Arang, dekat Kuang, Selangor semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata selain kes itu, sebanyak 67 laporan polis diterima semalam dengan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek ditangkap mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Artikel berkaitan: PRN 2023 : Khianat iklan calon, rosakkan bendera – 3 laporan diterima polis

“Manakala 65 laporan polis lagi diklasifikasikan NOD (No Offence Disclosed) iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, laporan polis itu dibuat oleh Pasukan Op Cantas ketika membuat pemeriksaan semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) Selangor semalam.

Beliau berkata pada hari sama semalam, sebanyak 276 kempen berpermit, tiga tanpa permit dan 106 ceramah berpermit diadakan.

Artikel berkaitan: Polis tahan suspek baling batu ke arah Pejabat Agung PAS

Menurutnya lagi, semua calon PRN Selangor hendaklah memastikan pemasangan bendera parti, kain rentang dan poster tidak diletakkan di pagar premis kerajaan serta rumah ibadat.

“Selain itu mereka turut dinasihatkan tidak meletakkan di lampu isyarat dan simpang jalan yang boleh menghalang pandangan pengguna jalan raya,” katanya.

Loading...
Terkini