comscore
Tumpuan :
Politik

Bengkel untuk kaji kesan PRU-15 terhadap UMNO

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan bengkel bagi membincangkan kesan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya parti boleh bergerak ke hadapan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti memerlukan idea baharu dengan mengambil kira hala tuju yang digariskan dalam Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO.

“Perubahan gerak kerja dengan penggunaan teknologi terkini serta media baharu, saya mahu Wanita, Pemuda dan Puteri duduk sekali.

“Bincang dan perahlah pemikiran. Dalam tempoh sebulan saya harap ada dapatan dan cadangan baharu yang boleh diangkat kepada parti.

“Buatlah bengkel atau sesi ‘brainstorming’ segera antara Exco Wanita, Pemuda dan Puteri,” katanya menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini .

Ahmad Zahid menjelaskan, tindakan itu perlu kerana ia banyak dilontarkan oleh jurucakap sepanjang perhimpunan.

“Kedah mahu pendekatan digitalisasi. Selangor juga mahu kaedah terbaharu menggunakan teknologi dan media baharu digarap,” katanya.

Loading...
Terkini