comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] BN calon Datuk Amizar, pertahan DUN Pelangai

 

Oleh: Fazli Ahmad

BENTONG: Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, di sini malam ini.

Amizar, 50 pernah bertanding atas tiket BN di DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lalu.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia akibat nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Oktober depan dan penamaan calon pada 23 September.

Pada PRU lalu BN memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Loading...
Terkini