Tumpuan :
Politik

BN ditawar bentuk kerajaan baharu, angkat jadi PM

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. FOTO NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Terdapat usaha untuk menarik Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerajaan baharu, seterusnya mengangkat individu daripada parti itu sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cara itu antara pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang untuk menjadi kerajaan semula.

“Minggu lalu, ada Ahli Parlimen mereka datang berjumpa dengan saya dan menawarkan sesuatu iaitu mahu membentuk kerajaan baharu di bawah panji-panji Kerajaan Perpaduan.

“Mereka mahu masuk semula (kerajaan) dan minta (diberikan jawatan) empat menteri.

“Ada juga yang tawarkan kononnya mahu menggantikan kerajaan sedia ada dan melontarkan (menjadikan) kita sebagai Perdana Menteri.

“Tapi saya secara tegas cakap jangan buang masa dan marilah kita perkukuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada,” katanya ketika berucap sempena Konvensyen BN Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, cadangan itu juga ditolak kerana beliau tidak mahu mengkhianati kawan.

Loading...
Terkini