comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] BN fail petisyen di beberapa kawasan cabar keputusan PRU15

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memfailkan petisyen pilihan raya di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undang Negeri (DUN), khususnya di kerusi yang dimenangi oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata BN sudah mengenal pasti sejumlah kerusi yang akan terbabit dalam petisyen itu bagi mencabar keputusan dalam PRU15.

Beliau enggan memaklumkan asas bagi petisyen yang akan dibuat, namun difahamkan antara alasan yang digunakan BN bagi menyokong petisyen itu adalah tindakan parti tertentu menggunakan rasuah untuk memancing undi.

“Kita akan umumkan nanti (secara terperinci). Memang ada beberapa kawasan yang akan kita failkan petisyen pilihan raya. Tentunya ada asas yang perlu dipenuhi.

“Ya (akan failkan petisyen di kerusi milik PN). Ada macam-macam partilah.

“Jawatankuasa kita akan umumkan nanti. Kita dah kenal pasti beberapa tempat, jumlahnya secara tepatnya nanti akan diumumkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini