comscore
Tumpuan :
Politik

BN mahu cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu

Datuk Seri Ahmad Said. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Menerusi jemputan kepada media, tiga petisyen terbabit dibuat susulan dakwaan rasuah berleluasa didakwa dilakukan Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 membabitkan tiga kerusi berkenaan.

Justeru, satu sidang media berhubung perkara itu akan dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada jam 12.30 tengah hari esok di ibu pejabat UMNO Menara Dato Onn di sini.

Pada PRU15, kerusi Parlimen Kemaman dimenangi calon PAS, Che Alias Hamid menewaskan tiga calon lain termasuk Ahmad Said mewakili BN dengan majoriti 27,179 undi.

Parlimen Marang pula dimenangi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Manakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang PAS apabila calonnya, Datuk Amzad Hashim memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga pencabar lain.

Loading...
Terkini