comscore
Tumpuan :
Politik

BN mahu hapuskan permit AP kereta elektronik

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) mahu menghapuskan permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu bagi memastikan masa depan Malaysia yang lestari dan selamat.

Selain itu, beliau berkata, BN juga akan berusaha menambah litupan kawasan berhutan negara kepada 60 peratus keluasan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Beliau mengumumkan demikian ketika membentangkan Manifesto BN, secara maya, malam ini.

Loading...
Terkini