comscore
Tumpuan :
Politik

BN miliki calon berpengalaman dalam bidang masing-masing

Majlis Penyampaian Amanat dan Watikah Calon Barisan Nasional negeri Kelantan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KOTA BHARU: Rakyat mahu melihat urus tadbir kerajaan negeri perlu berada pada landasan yang betul dan diuruskan oleh pemimpin yang berpengalaman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata,
melalui rekod yang telah terbukti, Barisan Nasional (BN) mempunyai ramai tokoh berpengalaman bagi mentadbir kerajaan negeri, berbanding parti-parti lain.

Katanya, melalui kuasa rakyat memilih pemimpin yang tepat, kestabilan dan kemakmuran dapat dirasai masyarakat setempat.

Ujarnya, pemilihan 14 calon berpengalaman dalam bidang masing-masing di setiap parlimen di Kelantan diyakini dapat menguasai negeri Serambi Mekah itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15, PRU-15 kali ini.

“Saya juga yakin dengan perkembangan terkini ini, alhamdulillah sokongan rakyat telah memperlihatkan bahawasanya mereka ini melihat kerajaan yang stabil, kerajaan yang kukuh demi masa depan negara, dan insyallah Barisan Nasional akan menang lebih daripada lima kerusi yang telah kita menangi pada PRU-14.”katanya di pejabat Badan Perhubungan UMNO Kelantan, di sini.

Jelasnya, ketika Majlis Penyampaian Amanat dan Watikah Calon Barisan Nasional negeri Kelantan, walaupun terdapat nama-nama ketua bahagian yang tidak disenaraikan sebagai calon, namun mereka memperlihatkan komitmen dan usaha yang
tinggi dalam membantu calon-calon yang disenaraikan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh jentera di semua peringkat agar bekerja bersungguh-sungguh, mengurangkan pergeseran, ketepikan perasaan ketidakpuasan hati, serta sebarang kepentingan diri dan peribadi, kerana rakyat ingin melihat solidariti, kesepakatan dan perpaduan dalam kalangan pendokong parti.

Loading...
Terkini