KLUANG: Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan meraih 27,995 undi.
Beliau mengatasi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi.
BN menang di kesemua 121 saluran.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Dun Mahkota, Azurawati Wahid selepas kiraan undi di 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran selesai di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.
Kiraan itu turut membabitkan undi awal yang berlangsung Selasa lalu membabitkan 4,437 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, serta polis di tiga pusat mengundi awal.
Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengeluarkan 607 undi pos pada 15 September lalu dengan peratusan keluar mengundi bagi PRK ini adalah 53.84 peratus berbanding 57.34 peratus pada PRN lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.