comscore
Tumpuan :
Politik

BN sedia ketepi perbezaan, mahu beri sumbangan kepada kerajaan baharu

KUALA LUMPUR:Pengerusi Barisan Nasional BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan gabungan itu bersedia mengenepikan perbezaan dengan parti lawan dan memberi kerjasama ke arah pembentukan sebuah kerajaan stabil.

Keputusan tidak rasmi PRU 15 setakat ini menyaksikan BN tewas di kebanyakan kerusi Parlimen dan kerajaan negeri Perlis yang dikuasai parti itu tumbang kepada Perikatan Nasional (PN).

“BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan. Kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini,” kata Zahid dalam kenyataan awal pagi ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia menjadi jambatan memperkukuhkan hubungan ini,” tambah beliau.

Zahid bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pembentukan kerajaan stabil yang dimaksudkannya.

Zahid, selaku presiden Umno, akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno esok petang, namun butiran perbicangan tidak diketahui.

Zahid sebelum ini meletakkan majoriti mudah 112 kerusi parlimen sebagai sasaran BN memenangi PRU 15.

Sebaliknya parti itu tewas di banyak kerusi tradisinya, termasuk Arau, Ketereh, Gua Musang, Tanjung Karang, Padang Rengas, Grik dan Baling kepada calon Bersatu dan PAS.

Zahid berkata BN menerima dan menghormati keputusan PRU 15 sebagai “isyarat besar yang diberikan rakyat terhadap kami.”

“BN akan memberi tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya.

Loading...
Terkini