comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] BN setuju kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri

 

Oleh Buletin TV3

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk kekal sebagai pembangkang buat masa ini.

Menerusi ciapannya di twitter beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan itu telah pun dibuat pimpinan tertinggi BN dan memutuskan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang, ” katanya.

Terdahulu, sumber dipetik berkata Ahli Parlimen BN dipercayai sepakat menyerahkan kepada budi bicara serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memutuskan calon Perdana Menteri ke-10.

Sumber itu memaklumkan, Ahli Parlimen itu juga bersetuju hanya akan menyertai mana-mana gabungan kerajaan jika dijemput gabungan yang menang dan jika sebaliknya, mereka sepakat untuk kekal sebagai pembangkang.

Loading...
Terkini