comscore
Tumpuan :
Politik

BN Yakin Menang PRU-15 – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR: Penyertaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana keyakinan untuk menang.” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO menyatakan keyakinan itu bagi menjawab dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa BN berdepan laluan sukar untuk menang PRU15.

“Samalah, kajian kita mendapati mereka (PKR) juga sukar menang pilihan raya, … semua yang masuk pilihan raya ini mesti yakin menang kalau tidak maka tiada siapa yang masuk PRU.

“PKR dan Dr Mahathir atau Gerakan Tanah Air (GTA) juga kata dia akan menang, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pun kata akan menang begitu juga BN… sebab itu diadakan pilihan raya kerana semua yakin menang,” katanya pada sidang media selepas Taklimat Khas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian, selepas ditanya pemberita mengenai kenyataan PKR yang mendakwa BN berdepan laluan sukar untuk menang pada PRU15, kononnya mengambil kira majoriti rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi gabungan itu.

Loading...
Terkini