comscore
Tumpuan :
Politik

Bukan Annuar Musa, tapi Khlir calon PN Parlimen Ketereh

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengumumkan Mejar Jeneral (B), Datuk Khlir Mohd Nor sebagai calon Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengumuman itu smenepis spekulasi yang mengatakan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan bertanding di Parlimen berkenaan menggunakan tiket PN, selepas tidak dicalonkan sebagai calon BN.

Pengisytiharan calon PRU-15 itu dibuat Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Khlir yang juga bekas Ketua Perisikan Tentera Darat adalah anak kelahiran Kampung Kubang Kiat, Ketereh.

Media sebelum ini melaporkan, Annuar memberi bayangan tetap akan bertanding di Parlimen Ketereh, namun menggunakan tiket parti lain. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini