comscore
Tumpuan :
Politik

Bung bidas MCA minta ‘cermin diri’

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membidas gesaan MCA yang mahu Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Datuk Seri Bung sebaliknya berkata gesaan seperti itu tidak berasas dan tidak ‘cermin diri’.

Menurut beliau, MCA sewajarnya sedar dengan pencapaian sendiri yang hanya memenangi 2 daripada 44 kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Tidak adil untuk menuding jari kepada hanya seorang pemimpin sedangkan salah sendiri tidak pula diakui, selain MCA dilihat tidak menghormati institusi presiden selaku pucuk pimpinan dalam BN.

“MCA janganlah gesa itu ini, gesa lagi pengerusi kita (Zahid) berundur apa cerita?

“Mereka ini tidak sedarkah hanya dapat menang dua kerusi daripada puluhan kerusi yang diberikan pengerusi kepada mereka, itu pun kerusi yang ada ramai pengundi Melayu.

“Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum buat keputusan, kita di BN ini tetap tenang menghadapi situasi, jangan kalutkan keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon meminta Ahmad Zahid berundur dari parti susulan pendedahan surat yang tular mendakwa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyokong Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Katanya, MCA percaya Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN dan perlu meletak jawatan sebagai pengerusi kerana mendakwa surat itu menyimpang daripada keputusan Dewan Tertinggi BN semalam.

Loading...
Terkini