comscore
Tumpuan :
Politik

Bung jumpa Anwar bincang isu semasa

FOTO: Bung Moktar Radin / Facebook

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Bung berkata dua pemimpin itu membincangkan isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri Sabah dalam pertemuan berkenaan.

“BN Sabah yakin PM ke-10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya.

“Membincang isu-isu semasa dan pembangunan serta hala tuju negeri Sabah.

BN Sabah yakin YAB PM ke -10 akan dapat membangun negara dan rakyat dengan jayanya,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Pada Ahad, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dan Presiden Warisan Shafie Apdal turut menemui Anwar secara berasingan di pejabatnya di Putrajaya.

FOTO: Bung Moktar Radin / Facebook

Pertemuan itu sebagai menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan ditadbir Datuk Seri Anwar.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg turut menemui Anwar sehari sebelumnya.

Loading...
Terkini