comscore
Tumpuan :
Politik

Calon BN Bukit Bendera ditukar

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Richie Huan Xin Yun. – FOTO: Richie Huan/Facebook

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera dari Parti Cinta Malaysia (PCM) digantikan dengan calon baharu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15.

Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, Ketua Pemuda PCM Nasional yang juga anak lelakinya, Richie Huan Xin Yun, 33, dipilih sebagai calon baharu.

“Pertukaran calon telah dipersetujui oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan watikah calon ditandatangani beliau telah pun diserahkan kepada Richie Huan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Semalam, BN mengumumkan Razalif Mohd. Zain dari PCM selaku calon kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, pencalonan itu dipertikaikan pelbagai pihak yang turut menularkan laporan berita yang mendakwa calon berkenaan pernah menghadapi kes mahkamah.

PCM sebagai Friends of BN diberi peluang buat kali pertama untuk bertanding dalam PRU kali ini menggunakan logo BN.

Loading...
Terkini