comscore
Tumpuan :
Politik

Calon BN Perak tandatangani aku janji bukti kekal setia

FOTO: NSTP

IPOH:Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Perak akan menandatangani aku janji sebagai bukti kekal setia kepada parti.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia sebagai alternatif kepada enakmen peruntukan larangan ahli Dewan lompat parti yang belum terlaksana bahkan belum sempat dibahas di Dewan Undangan Negeri Perak.

“Kita belajar daripada kesilapan pada 2018 (PRU14) yang maka, kali ini akan ada aku janji yang perlu ditandatangani oleh calon yang bertanding supaya tidak sewenangnya mudah buat keputusan untuk melompat.

“Jadi, siapa nak jadi calon, kena setuju untuk tandatangan. Kalau tak setuju ramai lagi calon nak (dijadikan calon),” katanya pada sesi temu bual bersama media menjelang PRU15 di Laman Seri Ridzuan di sini malam tadi.

Beliau mengulas jaminan situasi pasca PRU14 tidak berulang yang menyaksikan berlaku ketidakstabilan dalam kerajaan apabila terdapat beberapa wakil rakyat bertindak meninggal atau melompat parti.

Ia susulan dari Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 atau Akta A1663 mengenai peruntukan undang-undang berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti hanya dikuatkuasa dan terpakai kepada Ahli Parlimen namun tidak kepada ADUN.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya optimis kemenangan PRU15 akan berpihak kepada BN melalui cara menarik undi pengundi baharu menerusi pendekatan dengan meningkatkan jumlah peratusan golongan itu keluar mengundi.

Loading...
Terkini