comscore
Tumpuan :
Politik

Calon BN,PN selesai mengundi DUN Tioman

ROMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Johari Hussain, mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian di sini.

Penyandang kerusi DUN Tioman selama 3 penggal itu, tiba di pusat pengundian kira-kira jam 9.45 pagi.

Beliau meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa pengundi sebelum menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Terdahulu, calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim, mengundi di SK Tanjung Gemok pada jam 8.34 pagi.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan saingan lima penjuru membabitkan Johari, Idayu, Osman A Bakar (PEJUANG), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan calon BEBAS, Sulaiman Bakar.

Pengundian DUN Tioman ditangguhkan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu.-HARIAN METRO

Loading...
Terkini