comscore
Tumpuan :
Politik

Calon Melayu sekadar boneka, DAP bukan serius – Mahdzir Khalid

Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA NERANG: Tindakan DAP menamakan lebih ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), didakwa sekadar boneka bagi memenuhi konsep kepelbagaian kaum dalam parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pemilihan calon Melayu di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sukar dimenangi sekadar untuk mengaburi mata masyarakat untuk meraih undi.

“Ini sebahagian dari taktik menunjukkan ia parti pelbagai kaum. Walhal, kita semua tahu bahawa semua keputusan penting dilakukan oleh sekumpulan orang. Mereka ini mempunyai pemikiran yang agak cenderung kepada masyarakat Cina.

“Mereka boleh kata bahawa mereka telah melakukan pencalonan wakil melayu. Sekiranya calon itu kalah, mereka tetap akan menggambarkan bahawa parti sudah mengambil langkah ” memberikan kedudukan sama rata kepada semua kaum,” katanya.

Datuk Seri Mahdzir Khalid ditemui pada majlis Perasmian Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap dan Ketua-Ketua Pembantu Tadbir Peringkat Negeri Kedah, hari ini.

Beliau ditemui pada majlis Perasmian Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap dan Ketua-Ketua Pembantu Tadbir Peringkat Negeri Kedah, di sini, hari ini.

Pada PRU kali ini, DAP dilihat menampilkan lebih ramai calon Melayu antaranya Syahredzan Johan di Bangi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Lipis, Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam serta Young Syefura Othman di Bentong.

Terbaru, parti tersebut turut mengumumkan calon Melayu di Jerai iaitu Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff.

Sebaliknya tindakan tersebut dikatakan tidak disenangi rakan sekutu mereka dari Parti Amanah Negara (AMANAH).

Loading...
Terkini