
KUALA LUMPUR: Jawatan Naib Presiden, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail mendahului dengan 64 undi setakat jam 10.45 malam ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (60) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (49).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman pula mendapat 35 undi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (27) Datuk Hasni Mohammed (18), Datuk Seri Mahdzir Khalid (14) dan Dr. Mohd Yusof Musa (0).
Bagi jawatan Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin mendahului dengan 78 undi.
Manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap didahului Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah dengan 53 undi.