comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Che Abdullah disahkan bertanding tiket BN

Datuk Che Abdullah Mat Nawi

KOTA BHARU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengesahkan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding di Parlimen itu menggunakan tiket BN.

Menurut beliau, BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana disifatkan calon yang menang.

“Teka teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

“Malah, akar umbi UMNO Bahagian Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya akan memberi saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.

“Kita akui kita menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengan beliau,” katanya.

Terdahulu, pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Kelantan malam tadi, penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi digugurkan daripada calon PN pada PRU-15.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata Parlimen Bachok menyaksikan PN meletakkan muka baru, Muhamad Shahir Che Sulaiman sebagai calon.

Manakala, bagi kerusi Parlimen Tumpat, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan EXCO Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi berkenaan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini