comscore
Tumpuan :
Politik

Chng gagal jadi calon PRK KKB

HULU SELANGOR: Sesi penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini melihat lima borang pencalonan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi.

Kesemua borang itu diserahkan tiga calon parti bertanding selain dua calon bebas sebelum proses penyerahan selama sejam di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor itu berakhir tepat jam 10 pagi.

Bagaimanapun, daripada kesemua calon itu, borang salah seorang calon iaitu bekas pemimpin tempatan DAP, Chng Boon Lai ditolak SPR kerana didapati tidak mencukupi syarat ditetapkan.

Menurut Chng, pencalonannya tidak diterima kerana gagal mengemukakan laporan perbelanjaan ketika dia bertanding tahun lalu.

Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin, bagaimanapun memaklumkan Chng ada menghantar borang, namun menarik semula permohonan berkenaan pada saat akhir.

Justeru, beliau menjelaskan tiada kertas permohonan ditolak pihak SPR pagi tadi.

Untuk rekod, Chng pernah bertanding di kerusi DUN KKB pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Beliau hanya memperolehi 527 undi dalam saingan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini