comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] “Diserang bukan sebab menteri, tapi saya pemimpin UMNO” – Hishammuddin

Datuk Seri Hishammudin Hussein ditemui media sempena Ziarah Kasih dan perjumpaan bersama veteran UMNO di kediaman Mahmud Mon, 72, di FELDA Kahang Timur, hari ini.

Oleh Siti Noor Sepee

KLUANG: Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula, pelbagai isu mulai timbul dan sasaran pastinya calon yang bertanding.

Tidak terkecuali yang menerima tempiasnya, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 

Isu berkaitan kelemahan pentadbiran dalam Kementerian Pertahanan menjadi ‘modal’ tohmahan dilempar ke atasnya di media sosial, namun Datuk Seri Hishammudin tidak mudah melatah.

“Mereka serang bukan sebab saya menteri pertahanan, tetapi sebab saya pemimpin dalam parti, memang tugas pembangkang untuk menidakkan apa yang kita lakukan selama ini.

” Saya ingin mengingatkan kepada mereka, sebelum saya, ada pemimpin mereka Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat berhubung kait perkara-perkara yang dilontarkan kepada saya,” katanya selepas program Ziarah Kasih dan perjumpaan bersama veteran UMNO di kediaman Mahmud Mon, 72, di FELDA Kahang Timur, hari ini.

Beliau yang juga penyandang Parlimen Sembrong, sejak empat penggal lalu berpuas hati dengan sambutan pengundi pada hari pertama kempen dijalankan jentera BN Sembrong.

Pada PRU-15, Hishammudin dicabar Setiausaha Pengelola PKR Johor, Hasni Abas yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Ketua Penerangan BERSATU Parlimen Sembrong, Aziz Ismail bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional, (PN).

Loading...
Terkini