comscore
Tumpuan :
Politik

Dr Mohamad Sofee calon PH di Parlimen Padang Serai

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Dr. Mohamad Sofee Razak diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang ditangguhkan sebelum ini.

Mohamad Sofee yang merupakan Setiausaha PH Kedah, dinamakan berdasarkan latar belakang profesional beliau bagi berdepan tentangan dari calon parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas yang turut bertanding.

Esok, proses penamaan calon akan diadakan bagi meneruskan pilihan raya bagi kawasan parlimen itu selepas ditangguhkan susulan kematian calon PH mendiang Karupaiya Mutusami yang meninggal dunia dua hari sebelum hari pengundian PRU-15.

Proses pilihan raya ini akan disusuli dengan mengundi awal pada 3 Disember manakala hari mengundi ditetapkan pada 7 Disember.

BN akan diwakili Datuk Sivarraajh Chandran, Datuk Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abdul Rahman(Pejuang), Bakri Hashim (Warisan), and Sreanandha Rao (Bebas).

Loading...
Terkini