comscore
Tumpuan :
Politik

Eloklah pengundi keluar awal pagi – Tok Mat

Calon BN Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan

Oleh Izzatie Rizan

SENAWANG: Orang ramai dinasihat untuk mengaturkan waktu sebaiknya untuk keluar mengundi esok dimana ramalan cuaca adalah lebih baik pada sebelah pagi di kebanyakan tempat seluruh negara.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan juga berharap pengundi tidak keluar lewat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Kebiasaannya hujan selepas tengahari..kita doa supaya tak hujan cuaca baik macam hari ini mendung sejuk tetapi eloklah pengundi semua keluar awal pagi,”katanya kepada Buletin TV3.

Calon BN Parlimen Rembau itu turut mengingatkan pengundi yang terlepas masa galakan mengundi yang disaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tetap hadir ke pusat pengundian yang ditetapkan.

“Macam dulu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), SPR suruh datang antara jam 8 hingga 10 pagi…. dia (pengundi) dah terlewat .. maka terus tak keluar.

“Sebenarnya semua orang boleh pergi sampai waktu terakhir iaitu jam 6 petang tapi keluarlah awal untuk pastikan supaya kita dapat menjalankan tanggungjawab,” katanya.

Loading...
Terkini