comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Friends of BN bertanding 3 Kerusi di Pulau Pinang

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Parti-parti mesra Barisan Nasional (BN) atau lebih dikenali sebagai Friends of BN diberi peluang buat kali pertama untuk mewakili gabungan berkenaan apabila diperuntukkan tiga daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Malaysia Makkal Sakti Parti (MMSP), Datuk Seri R.S. Thanenthiran bakal bertanding di Nibong Tebal, Loganathan Thoraisamy dari Indian Progressive Front (IPF) diletakkan di Jelutong, manakala Razalif Mohamad Zain dari Parti Cinta Malaysia (PCM) diturunkan di Bukit Bendera.

Mencuri tumpuan, Parlimen Nibong Tebal merupakan kerusi tradisi UMNO, namun diberi peluang kepada MMSP pada kali ini.

Manakala dua kerusi yang diperuntukkan kepada IPF dan PCM pula antara lima kerusi yang ditandingi oleh GERAKAN sebelum menyertai Perikatan Nasional.

Baki tiga lagi kerusi pula diberikan kepada MCA, iaitu Batu Kawan, Bayan Baru dan Tanjong.

MCA juga bertanding di tiga lagi kerusi tradisinya, iaitu Bagan, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

UMNO pula meletakkan calon di empat kerusi Parlimen.

Loading...
Terkini