comscore
Tumpuan :
Politik

Gerakan mahu bertanding 30 kerusi di PRN

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata parti itu akan bertanding kira-kira 30 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri, PRN yang akan datang.

Tambah Datuk Dr. Lau, senarai nama calon yang akan bertanding juga sudah hampir lengkap.

Akhbar New Straits Times yang memetik laporan dari akhbar Utusan Malaysia berkata Gerakan hanya akan meletakkan calon di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau memaklumkan perbincangan masih berjalan di antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Tambah Datuk Dr. Lau, Gerakan juga tidak kisah jika diminta untuk bertanding di pantai timur.

Ini kerana matlamat utama Gerakan ialah memastikan PN muncul pemenang dalam PRN yang akan datang.

Mac lalu, Datuk Dr. Lau dipetik sebagai berkata Gerakan sudah menyerahkan 70 nama kepada Majlis Tertinggi PN bagi dipertimbangkan dalam pilihan raya negeri nanti.

Loading...
Terkini