comscore
Tumpuan :
Politik

Gesa Ahmad Zahid undur demi kebaikan parti

Datuk Sivaraj Chandran

KULIM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj menggesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Pengerusi BN susulan kekalan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Sivaraj berkata, walaupun mereka mempunyai hubungan baik dalam dunia politik namun kekalahan dialami jelas memberikan mesej yang Ahmad Zahid perlu berundur.

“Beliau perlu meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap kekalahan yang dialami BN yang boleh disifatkan sebagai terburuk pada PRU15 ini.

“Saya harap beliau dapat melakukan sesuatu yang terbaik demi parti dengan berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain untuk mengemudi jentera parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor Onn Hafiz turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan dan mengikut langkah seperti diambil Datuk Seri Najib Razak yang berjiwa besar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO berikutan kegagalan pada PRU-14.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga turut meletak jawatan dan berpendapat Ahmad Zahid juga perlu berundur secara terhormat dengan memikul tanggungjawab terhadap kekalahan parti itu.

Susulan daripada itu, beberapa pemimpin lain termasuk Tan Sri Noh Omar mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas hilang kepercayaan tehadap kepimpinan Ahmad Zahid.

Dalam keputusan PRU-15 yang diumum malam tadi BN dilaporkan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen yang jumlahnya didapati lebih rendah berbanding PRU14 dengan kerusi yang dimenangi sebelum ini didapati beralih ke Perikatan Nasional (PN).

Loading...
Terkini