comscore
Tumpuan :
Politik

“GPS, GRS sokong saya sebagai Perdana Menteri ke 10” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin memperoleh jumlah sokongan mencukupi untuk dilantik Perdana Menteri ke-10.

Muhyiddin berkata, beliau sudah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada petang ini.

“Saya telah melaporkan kepada Majlis Tertinggi PN bahawa saya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

“Beliau telah memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurutnya, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk SeriHajijiNoor yang juga menyatakan kesediaan Ahli Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga memberikan komitmen yang sama.

“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Loading...
Terkini