comscore
Tumpuan :
Politik

GPS pula dititah menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dititahkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, hari ini.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik sumber, langkah itu sama seperti titah menghadap kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Sama seperti PH dan PN semalam. Hari ini, 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diminta ke Istana Negara. Terbaharu, GPS pula diminta menghadap.

“Kami rasa ia mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendengar sendiri daripada semua pihak,” kata sumber berkenaan.

Loading...
Terkini