comscore
Tumpuan :
Politik

GPS tampil 14 muka baharu

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan 14 muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Senarai 31 calon itu diumumkan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, di sini, hari ini.

Calon-calon yang dikemukakan GPS pada kali ini terdiri daripada kombinasi mereka yang berpengalaman selain menampilkan 14 muka baharu serta lima calon wanita.

“Calon yang dikemukakan GPS ini datang daripada mereka yang berpengalaman, berumur pertengahan dan juga calon muda,” katanya.

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing akan mempertahankan kerusi Kapit dan Petra Jaya.

Naib Ketua Wanita PBB Datuk Seri Nancy Shukri pula akan bertukar kerusi daripada Parlimen Batang Sadong ke Parlimen Santubong bagi menggantikan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing pula akan mempertahankan kerusinya di Bintulu manakala Datuk Willie Mongin diumum mempertahankan kerusi Puncak Borneo.

Selain itu, turut diumumkan adalah Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang dicalonkan semula bertanding di Julau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU-15 pada 19 November, penamaan calon 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Loading...
Terkini