comscore
Tumpuan :
Politik

GPS terima permohonan maaf DAP

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima pemohonan maaf DAP dengan hati terbuka dan berjiwa besar.

Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata permohonan maaf itu penting kerana DAP sedia mengakui kesilapan mereka dan membuka lembaran baharu dalam hubungan politik kedua-dua parti.

“Ini bermakna kita berada di pihak yang benar selama ini dan budaya politik kita adalah budaya politik yang bersih, tidak seperti budaya politik mereka yang membantai satu sama lain.

“Maka sebab itulah mereka telah meminta maaf kepada kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agong DAP Anthony Loke Siew Fok telah mohon maaf secara terbuka untuk apa-apa kenyataan yang telah menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat sarawak bagi pihak parti itu.

Pemohonan maaf sama turut disampaikan oleh Pengerusinya Lim Guan Eng juga turut memohon maaf kepada Abang Johari dan kerajaan GPS atas kenyataan lampau yang mungkin menyinggung perasaan mereka.

Loading...
Terkini