comscore
Tumpuan :
Politik

‘Gugur’ Nik Abduh, ‘Che Lah’ boleh beri kesan negatif kepada PAS-PN

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kiri) dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Krisis pencalonan dua nama besar iaitu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi bagi Parlimen Bachok dan Tumpat, Kelantan boleh merugikan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penganalisis Politik, Dr. Azmi Hassan mengulas dua individu itu nama besar yang mampu memberi kesan negatif kepada PN kerana penyokong setempat di kawasan berkenaan amat berbeza berbanding penyokong Parti BERSATU, DAP dan UMNO yang mempunyai kemelut yang sama.

“Saya melihat ramai akar umbi PAS menzahirkan rasa kecewa dan terkejut dengan gugurnya dua nama besar ini tanpa semena-mena”, katanya kepada Buletin Utama.

“Kita mungkin boleh agak kenapa nama dua individu itu digugurkan, namun apa yang pasti kesan negatif kepada PAS lebih teruk berbanding ketiga-tiga parti yang saya sebutkan tadi, kerana akar umbi PAS, pemikiran atau citarasa mengundi mereka agak berlainan sedikit berbanding pengundi di kawasan lain,” ujarnya.

Tambahnya tidak dinafikan ramai pengundi di dua kawasan itu ‘walak’ atau taat kepada parti tetapi kaitan mereka dengan pemimpin setempat amat tebal.

Justeru katanya jika dibandingkan kesan negatif yang perlu dihadapi parti DAP atau UMNO, beliau menjangkakan ‘Tsunami Penolakkan’ akan lebih besar dirasai PAS.

“Pastinya ianya menarik untuk diperhatikan kerana bukan sahaja kempen pilihan raya tidak terurus di kawasan masing-masing namun kesan negatifnya melebihi dari jentera kempen sebagaimana dirasai DAP, BERSATU dan UMNO ketika ini.

Beliau mengulas kemelut yang melanda PN selepas kerusi Bachok bakal ditandingi Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Manakala calon bertanding kerusi Tumpat, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Loading...
Terkini