comscore
Tumpuan :
Politik

Hampir 60% sudah keluar mengundi di Muar

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

MUAR: Hampir 60 peratus anggota dan pegawai polis serta pasangan masing-masing di Muar, Johor telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner (ACP) Raiz Mukhliz Azman Aziz, proses mengundi awal di semua enam pusat pengundian di daerah Muar juga berjalan lancar.

‘Setakat hari ini kehadiran anggota-anggota di seluruh daerah Muar, Alhamdulillah amat-amat menggalakkan dan sehingga jam 10.20 pagi, hampir 60% bagi tiga Parlimen di daerah ini iaitu Muar, Bakri dan Pagoh telah keluar mengundi.’

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat pusat pengundian awal di Markas Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi.

Sementara itu tambahnya, sehingga hari ini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkenaan kes khianat kempen pilihanraya.

‘Hanya ada satu kes merosakkan poster dilaporkan dan ia berlaku pada minggu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

‘Selain itu, semua kempen parti yang bertanding berjalan secara aman’.

Dalam pada itu, kesemua calon parlimen Bakri yang bertanding; Chris Lee Ching (BN), Tan Hong Pin (PH), RS Chelvarajan (PN) dan calon Bebas, Haron Jaffar turut berada di perkarangan Dewan Serbaguna PGA bagi meninjau proses pengundian.

Loading...
Terkini