comscore
Tumpuan :
Politik

“Hampir lima dekad, mungkin ini yang terakhir bertanding” – Muhyiddin

PAGOH: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan ini adalah kali terakhir untuk dirinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

““Mungkin ini kali terakhir saya bertanding. Jika saya menang, Insya-Allah saya masih ada lima tahun lagi untuk memberi perkhidmatan dan berbakti kepada rakyat.

“Selepas berada dalam politik negara selama hampir 50 tahun dan menerajui pelbagai jawatan termasuk yang tertinggi, saya rasa ia sudah memadai. Beri peluang kepada orang lain pula.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Program Bertemu Masyarakat Setempat di Kedai Kopi di Bukit Kepong di sini, hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional yang hampir lima dekad berkecimpung dalam politik mengesahkan kerusi Pagoh akan tetap dipertahan pada PRU-15.

Terdahulu, dalam ucapannya kepada masyarakat setempat di sebuah kedai kopi di sini, penyandang Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu orang ramai untuk ‘menyokongnya buat kali terakhir’.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, beliau juga bersedia untuk berdebat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menerima jemputan.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk berdebat atau mengadakan sesi dialog dengan sesiapa saja sekiranya saya menerima jemputan rasmi.

“Jika perbahasan berkenaan sesuai dan tidak menimbulkan sebarang reaksi buruk, dijalankan secara adil tanpa berniat buruk, saya tidak ada masalah dengan perkara itu,” katanya.

Terdahulu Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencadangkan perdebatan terbuka dan positif antara calon-calon jawatan Perdana Menteri yang bertanding pada PRU-15.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan perbincangan mengenai dasar dan bukan perkara perkauman atau agama.

Loading...
Terkini