comscore
Tumpuan :
Politik

“Hanya Zuraida boleh pecat kami” – Hizwan

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad (kiri), menafikan penggantungan yang diumumkan Larry Sng (kanan) menerusi Facebook semalam.

AMPANG: Tindakan penggantungan ke atas dua Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Malaysia (PBM) adalah tidak sah.

Demikian menurut Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad yang menafikan dirinya dan Ketua Penerangan Zakaria Abdul Hamid digantung daripada parti.

Menurut beliau punca penggantungan tidak jelas malah mereka belum menerima sebarang notis rasmi berhubung perkara itu.

“Saya dan Zakaria pun tidak tahu kenapa digantung, nak tanya kepada Datuk Larry Sng (mantan presiden PBM) pun tidak ‘valid’ (sah) kerana saya hanya menerima arahan dari presiden dengan presiden sekarang adalah Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Pertama, dia (Larry) kata tak tahu menahu dan saya jalankan mesyuarat tanpa pengetahuan beliau. Saya sudah maklumkan perjalanan Mesyuarat Majlis Tertinggi Ke-6 pada Jumaat (7 Oktober) melalui Whatsapp dan apabila saya hubungi, beliau maklumkan tak dapat hadir.

“Beliau kemudian meminta saya teruskan sahaja mesyuarat itu kerana Presiden ketika ini adalah Datuk Zuraida,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PBM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Zakaria Ab Rahim, Setiausaha Pengelola PBM dan Ketua Wanitanya,Dr Daroyah Alwi dan Zakaria Rahim.

Semalam, Larry mengumumkan penggantungan Nor Hizwan dan Zakaria menerusi satu kenyataan di Facebook.

Tindakan itu diambil selepas mereka didakwa menjejaskan kedudukan beliau dalam parti dengan mengadakan pertemuan tanpa pengetahuannya.

Loading...
Terkini