comscore
Tumpuan :
Politik

‘Hubungan PAS dengan parti lain mesti diputuskan Majlis Syura Ulama PAS’

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pada sidang media di Pejabat PAS Kelantan, hari ini. – Foto: NSTP

KOTA BHARU: Perkara membabitkan hubungan di antara PAS dan parti lain mesti diputuskan Majlis Syura Ulama PAS.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, berkata setakat ini pihaknya melihat andaian PAS mungkin bergabung dengan Barisan Nasional (BN) jika tidak mendapat majoriti penuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekadar pandangan peribadi dibuat Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan bukan atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PAS.

“Kenyataan ini perlu dibezakan dan ia kenyataan biasa yang kadang kala dimanipulasikan sesetengah pihak.

“Itu adalah andaian peribadi beliau (Takiyuddin) dan tidak ada sebarang keputusan dibuat sama ada di dalam PAS mahupun dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kelantan, di sini, hari ini.

Media melaporkan, PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pada PRU-15.

Takiyuddin dilaporkan berkata, beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini