Thank you PM @narendramodi. India is an important partner for Malaysia. I'm looking forward to working closely with you to strengthen ties and cooperation in various areas including trade, investment and culture. https://t.co/XDQSux73sp
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2022
NEW DELHI: India dan Pakistan menyuarakan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya berharap dapat bekerjasama rapat untuk mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik India-Malaysia yang dipertingkatkan,” kata Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam perutusan tahniah pada Khamis.
Perdana Menteri, Pakistan Shehbaz Sharif menerusi Twitter turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar.
“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin di antara kedua-dua negara,” kata Shehbaz.
Kerajaan sementara Afghanistan turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Anwar.
“Afghanistan dan Malaysia, negara Islam yang menjalinkan hubungan persahabatan sejak 1957.
Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam dasar luar IEA (Emiriah Islam Afghanistan) dan kami bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu dalam beberapa bidang,” menurut Kementerian Hal Ehwal Luarnya.
Sementara itu, Anwar menerusi Twitternya mengucapkan terima kasih kepada Modi atas perutusan tahniahnya dan menurut beliau India ialah rakan kongsi penting bagi Malaysia.
“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan budaya,” kata beliau – BERNAMA