comscore
Tumpuan :
Politik

“InshaAllah Anwar mendahului di Tambun” – Rafizi

FOTO: NSTP

AMPANG: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengakui tugasnya sebagai pengarah pilihan raya adalah tanggungjawab berat lebih-lebih lagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh singkat pada 19 November ini.

Rafizi berkata, PKR juga berdepan cabaran berikutan kesangsian dan keyakinan penyokong yang menyaksikan kekalahan lalu Pakatan Harapan (PH) terutama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Saya tidak pernah merasakan pilihan raya yang begitu singkat dan kita mempunyai tempoh persediaan sangat singkat.

“Hingga ada mengatakan, Rafizi hantar Presiden (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kalah di Parlimen Tambun. Kita buat tinjauan dan semakan secara terperinci di Parlimen itu.

“Berdasarkan tinjauan dan semakan secara terperinci, insya-Allah Anwar sedang mendahului di Parlimen Tambun,” katanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman calon-calon PKR dan Majlis Tandatangan Ikrar Pencalonan yang akan diumumkan malam ini di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Taman Kosas, Ampang di sini.

Seramai 72 calon ditampilkan PKR untuk bertanding kerusi parlimen pada PRU15.

Rafizi berkata, orang ramai hanya melihat Anwar begitu begitu mahu menjadi Perdana Menteri.

“Namun, orang lupa bagaimana (Datuk Seri Dr) Wan Azizah terpaksa masuk dalam politik walaupun ketika itu beliau hanya seorang doktor, kerana asas politik PKR bukan kuasa, tetapi rakyat. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini