comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Jangan jadikan penjawat awam ‘kambing hitam’ – Penganalisis politik

Oleh: Salina Zakaria

PETALING JAYA: Penjawat awam bukan ‘kambing hitam’ bagi seorang calon parti politik meraih undi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Itu komen penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan terhadap kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang akan mencarinya jika Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU-15.

Kenyataannya itu dilihat seolah-olah berbaur ugutan kepada penjawat awam itu, selepas SPRM bertindak menyerbu syarikat Rafizi, Invoke Solutions, baru-baru ini.

“Memang tidak adil Rafizi mengeluarkan kenyataan sedemikian, demi meraih sedikit undi mengugut Tan Sri Azam Baki kerana sebagai penjawat awam beliau (Tan Sri Azam) tidak boleh menjawab ugutan itu.

“Pastinya tidak adil cuba menjadikan penjawat awam juga satu sasaran mudah sebagai kambing hitam yang terpalit persepsi negatif. Penjawat Awam tidak boleh menjawab tuduhan dan ugutan orang politik ia amat meyedihkan sekali, sekali lagi saya tegaskan hanya semata-mata demi meraih undi mereka sanggup kambing hitamkan penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Semalam Rafizi menerusi ceramah mega PH di Johor Bahru mendakwa akan mencari Tan Sri Azam dan mengaitkannya dengan skandal pegangan saham jika gabungan itu menang pada PRU-15.

Ia selepas SPRM dilaporkan melakukan serbuan terhadap syarikatnya, Invoke Solutions.

Namun SPRM memaklumkan tindakan satu prosedur biasa SPRM di syarikat itu bagi mengambil beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan susulan laporan dikemukakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai nilai aset bersih RM18.85 juta milik Rafizi.

Loading...
Terkini